Kepada semua wanita, anda diminta lebih berhati-hati apabila bersendirian. Ini kerana dilaporkan dimedia massa sekumpulan perogol bersiri yang aktif mencari mangsa menggunakan sebuah proton waja berwarna hitam.
Kumpulan terbabit aktif bergerak seawal 7 pagi dikawasan perumahan sebelum menculik mangsa. Terbaru seorang mangsa telah diculik dan diperkosa bergilir-gilir. Kejadian tersebut turut dirakam menggunakan handset dipercayai untuk simpanan mereka.
Sebelum itu kumpulan terbabit dipercayai telah melakukan beberapa lagi penculikan dan jenayah rogol.
(sumber mymetro)